127
Memuji Kebaikan Allah
Lagu ziarah oleh Raja Salomo.
Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah,
sia-sialah usaha orang yang mendirikannya;
jika bukan TUHAN yang melindungi kota,
sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.
Sia-sia sahaja bangun pagi-pagi dan tidur larut malam,
bekerja keras mencari nafkah,
kerana TUHAN memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya,
sementara mereka sedang tidur.
Anak-anak adalah anugerah TUHAN;
mereka adalah berkat-Nya.
Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya,
adalah seperti anak panah di tangan seorang askar.
Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian.
Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan
ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan.