126
Doa Minta Pemulihan
Lagu ziarah.
Apabila TUHAN membawa kita balik ke Yerusalem,r
kita seperti bermimpi!
Kita tertawa dan menyanyi kerana gembira!
Lalu bangsa-bangsa lain berkata tentang kita,
“TUHAN telah melakukan perkara-perkara hebat untuk mereka.”
Memang TUHAN telah melakukan perkara-perkara yang hebat untuk kita;
itulah sebabnya kita bersukacita!
Ya TUHAN, jadikanlah kami makmur semula,s
seperti sungai kering berair semula pada musim hujan.
Semoga orang yang menabur benih sambil menangis,
dapat menuai hasilnya sambil bergembira!
Orang yang menabur benih sambil mencucurkan air mata,
akan pulang membawa hasil tanaman sambil menyanyi dengan gembira.
r 126:1 membawa kita balik ke Yerusalem; atau menjadikan Yerusalem makmur semula. s 126:4 jadikanlah...semula; atau bawalah kami balik ke negeri kami.