70
Doa Minta Tolong
(Mzm 40.14-18)
Untuk pemimpin koir. Mazmur oleh Daud, ketika mempersembahkan korban peringatan.
Ya Allah, selamatkanlah aku!
TUHAN, cepatlah tolong aku!
Biarlah mereka yang cuba membunuh aku
dikalahkan dan dibingungkan.
Biarlah mereka yang gembira kerana kesusahanku
dipukul mundur dan dipermalukan.
Biarlah mereka yang mengejek aku
terkejut dan malu kerana dikalahkan.
Semoga semua orang yang datang kepada-Mu
bergembira dan bersukacita.
Semoga semua orang yang bersyukur kerana penyelamatan-Mu
sentiasa berkata, “Betapa agungnya Allah!”
Aku miskin dan lemah;
datanglah segera kepadaku, ya Allah.
Engkaulah penolongku dan penyelamatku,
janganlah berlengah, ya TUHAN!