95
Lagu Pujian
Marilah kita memuji TUHAN,
dan bernyanyi dengan gembira kepada Allah, pelindung dan penyelamat kita!
Marilah kita menghadap Dia dengan kesyukuran,
dan dengan gembira menyanyikan lagu pujian.
TUHAN itu Allah yang berkuasa,
raja perkasa yang menguasai semua dewa.
Dia memerintah seluruh bumi,
gua yang terdalam dan juga gunung yang tertinggi.
Dia menguasai laut yang dicipta-Nya,
dan juga darat yang dibentuk-Nya.
Marilah kita bersujud dan menyembah Dia;
marilah kita berlutut di hadapan TUHAN, pencipta kita!
Dialah Allah kita;
kitalah umat yang dipelihara-Nya,
seperti kawanan domba yang digembalakan-Nya.
Pada hari ini dengarlah firman-Nya,
“Jangan degil seperti nenek moyang kamu di Meriba,
ketika mereka berada di gurun, di Masa. +
Di sana mereka menguji dan mencuba Aku,
sungguhpun mereka sudah melihat perbuatan-Ku. +
10 Selama empat puluh tahun Aku muak terhadap mereka;
Aku berfirman, ‘Alangkah derhakanya mereka!
Mereka enggan taat kepada perintah-Ku.’
11 Aku murka lalu bersumpah
bahawa mereka tidak sekali-kali akan masuk ke negeri itu,
tempat Aku memberi mereka rehat.” + +
+ 95:8 Ibr 3.15, 4.7 + 95:9 Kel 17.1-7; Bil 20.2-13 + 95:11 Ibr 3.7-11 + 95:11 Bil 14.20-23; Ul 1.34-36, 12.9-10; Ibr 4.3, 5