67
Lagu Kesyukuran
Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur. Lagu.
Ya Allah, kasihanilah dan berkatilah kami;
pandanglah kami dengan senang hati,
supaya seluruh dunia mengetahui kehendak-Mu,
dan semua bangsa mengetahui penyelamatan-Mu.
Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah;
semoga semua bangsa memuji Engkau!
Semoga bangsa-bangsa bergembira
dan menyanyi dengan sukacita,
kerana Engkau menghakimi orang dengan adil
dan membimbing setiap bangsa di bumi.
Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah;
semoga semua bangsa memuji Engkau!
Tanah telah mengeluarkan hasilnya;
Allah, Allah kita, telah memberkati kita.
Allah telah memberkati kita;
semoga semua orang di seluruh dunia menghormati Dia.