6
Doa Minta Tolong
Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Menurut lagu yang kelapan. Mazmur Daud.
Ya TUHAN, janganlah marah aku ketika Engkau murka!
Janganlah hukum aku ketika Engkau marah! +
Kasihanilah aku, ya TUHAN, kerana aku penat;
pulihkanlah aku kerana aku sungguh letih.
Hatiku resah gelisah.
Sampai bilakah Engkau tinggalkan aku, ya TUHAN?
TUHAN, datanglah dan selamatkanlah aku,
selamatkanlah aku daripada maut demi kasih-Mu.
Di alam maut Engkau tidak diingat lagi;
tiada sesiapa pun memuji Engkau di dunia orang mati.
Aku tidak bermaya kerana dilanda kesedihan;
setiap malam tempat tidurku dibasahi tangisan;
bantalku dibasahi air mata.
Mataku rabun dan bengkak kerana terlalu banyak menangis,
semua itu disebabkan oleh musuh-musuhku.
Nyahlah, hai orang jahat!
TUHAN mendengar tangisanku; +
10 Dia mendengar permohonanku,
dan mengabulkan doaku.
11 Semua musuhku akan cemas dan malu
dan segera mundur dengan tersipu-sipu.
+ 6:2 Mzm 38.2 + 6:9 Mat 7.23; Luk 13.27