23
TUHAN Gembalaku
Mazmur Daud.
TUHAN ialah gembalaku;
aku tidak kekurangan apa-apa.
Dia membaringkan aku di padang rumput yang hijau
dan membimbing aku ke air yang tenang. +
Dia memberi aku kekuatan baru.
Dia membimbing aku di jalan yang benar,
sebagaimana yang dijanjikan-Nya.
Walaupun aku melalui tempat yang gelap gelita,
aku tidak akan takut,
ya TUHAN,
kerana Engkau menyertai aku.
Engkau melindungi aku
dengan tongkat dan gada-Mu.
Engkau menyediakan jamuan untukku,
di hadapan semua musuhku;
Engkau menyambut aku sebagai tetamu yang dihormati
dan mengisi cawanku hingga penuh.
Aku tahu Engkau baik kepadaku dan mengasihi aku seumur hidupku;
rumah-Mu akan menjadi rumahku sepanjang hidupku.
+ 23:2 Why 7.17