100
Lagu Pujian
Mazmur kesyukuran.
Bernyanyilah untuk TUHAN, hai penduduk dunia!
Sembahlah TUHAN dengan sukacita;
datanglah ke hadirat-Nya dengan lagu-lagu gembira!
Akuilah bahawa TUHAN itu Allah.
Dia mencipta kita, dan kita kepunyaan-Nya;
kita umat-Nya, bangsa yang dipelihara-Nya.
Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan ucapan syukur,
pergilah ke halaman Rumah-Nya dengan pujian.
Bersyukurlah kepada-Nya dan pujilah Dia.
TUHAN itu baik;
Dia tetap mengasihi umat-Nya
dan setia kepada mereka selama-lamanya. +
+ 100:5 1 Taw 16.34; 2 Taw 5.13, 7.3; Ezr 3.11; Mzm 106.1, 107.1, 118.1, 136.1; Yer 33.11