27
Jangan banggakan hari esok, kerana orang tidak tahu apa yang akan berlaku nanti. +
Biarlah orang lain memuji kamu - bahkan orang asing pun. Jangan puji diri sendiri.
Batu dan pasir masih ringan jika dibandingkan dengan kesusahan yang disebabkan oleh kebodohan.
Kemarahan itu kejam serta menghancurkan, tetapi tiada sesiapa dapat menghadapi kecemburuan.
Lebih baik teguran yang terus terang daripada kasih yang tidak diungkapkan.
Seorang kawan memukul dengan maksud baik, tetapi berwaspadalah apabila seorang musuh mencium kamu.
Kalau kenyang, madu pun ditolak; kalau lapar, yang pahit pun terasa enak.
Orang yang jauh dari rumah bagaikan burung yang tidak bersarang.
Minyak wangi menggembirakan hati, tetapi kesusahan merunsingkan hati.
10 Jangan lupa akan sahabatmu atau sahabat bapamu. Ketika kamu dalam kesusahan, jangan pergi ke rumah saudaramu; jiran yang dekat dapat lebih menolong kamu daripada saudara yang jauh.
11 Hai anakku, hendaklah kamu bijak, supaya aku gembira dan dapat menjawab jika dicela.
12 Orang yang bijak mengelakkan bahaya apabila melihatnya, tetapi orang bodoh membiarkan diri ditimpa malapetaka dan menyesal kemudian.
13 Bodohlah orang yang berjanji menanggung hutang orang lain;w miliknya harus diambil sebagai jaminan janjinya.
14 Salam yang diteriakkan pada pagi-pagi sekali sama dengan kutukan.
15 Isteri yang meleter bagaikan titisan air yang tidak henti-henti pada waktu hujan. 16 Dia tidak dapat disuruh diam, sama seperti angin tidak dapat ditahan, dan minyak tidak dapat digenggam.
17 Sebagaimana besi mengasah besi, demikianlah manusia belajar daripada satu sama lain.
18 Orang yang memelihara pokok ara akan makan buahnya; orang yang melayani tuannya akan dihormati.
19 Seperti air mencerminkan wajah, demikian juga hati orang mencerminkan orang yang sebenarnya.
20 Di dunia orang mati, selalu ada tempat; begitu juga nafsu manusia tidak ada batasnya.
21 Emas dan perak diuji dengan api; orang dinilai menurut sikapnya terhadap pujian.
22 Walaupun orang bodoh dipukul hingga setengah mati, namun kebodohannya tidak lenyap.
23 Peliharalah ternakan kamu baik-baik, 24 kerana kekayaan tidak kekal. Bahkan kuasa untuk memerintah pun tidak tetap selama-lamanya. 25 Kamu memotong rumput dan mengumpulkannya untuk ternakan kamu, tetapi sementara itu rumput yang baru tumbuh. 26 Kamu dapat membuat pakaian daripada bulu domba. Kamu dapat membeli tanah daripada jualan kambing. 27 Kambing yang selebihnya akan menghasilkan susu bagi kamu, keluarga kamu, dan pelayan perempuan.
+ 27:1 Yak 4.13-16 w 27:13 Sebuah terjemahan kuno: hutang orang lain; Naskhah Ibrani: hutang orang lain atau hutang perempuan jalang.