Ratu Negeri Syeba Mengunjungi Raja Salomo
(2 Taw 9.1-12)
10
Ratu negeri Syeba mendengar tentang kemasyhuran Raja Salomo.t Maka ratu itu berangkat ke Yerusalem untuk menguji Raja Salomo dengan pertanyaan-pertanyaan yang sukar. Ratu itu datang bersama dengan banyak pengiring serta unta-unta dengan muatan rempah, batu permata, dan emas yang banyak sekali. Apabila ratu itu berjumpa dengan Raja Salomo, ratu itu mengemukakan kepada Raja Salomo semua pertanyaan yang dapat difikirkannya. Raja Salomo menjawab semua pertanyaan ratu itu. Tiada satu pun yang terlalu sukar bagi Raja Salomo. Ratu negeri Syeba mendengar sendiri kebijaksanaan Raja Salomo dan melihat istana yang dibina oleh Raja Salomo. Ratu negeri Syeba melihat tata kerja para pegawai istana, pakaian seragam, dan perumahan mereka. Ratu itu nampak makanan yang dihidangkan, dan para pelayan yang melayani Raja Salomo pada masa perayaan; ratu itu juga melihat korban-korban yang dipersembahkan oleh Raja Salomo di Rumah TUHAN. Semua itu membuat ratu negeri Syeba kagum dan terpesona. Oleh itu ratu negeri Syeba bertitah kepada Raja Salomo, “Memang benar apa yang beta dengar di negeri beta tentang tuankuu dan kebijaksanaan tuanku! Tetapi beta tidak percaya sebelum beta datang dan melihat semuanya dengan mata beta sendiri. Tetapi apa yang beta dengar itu tidak pun separuh daripada apa yang beta nampak sekarang. Kebijaksanaan dan kekayaan tuan lebih besar daripada apa yang telah beta dengar. Berbahagialah isteri-isteriv tuanku! Berbahagialah para pekerja yang sentiasa melayani tuanku, kerana mereka berpeluang mendengar kata-kata bijak yang tuanku ucapkan! Terpujilah TUHAN, Allah tuanku! Dia telah menunjukkan bahawa Dia berkenan kepada tuanku dengan menjadikan tuanku raja Israel. Oleh sebab kasih-Nya kekal terhadap Israel, Dia telah menjadikan tuanku raja mereka supaya tuanku dapat melaksanakan hukum dan keadilan.”
10 Ratu negeri Syeba mempersembahkan hadiah-hadiah yang telah dibawanya kepada Raja Salomo, iaitu lebih daripada 4,000 kilogram emas, dan rempah serta batu permata yang banyak sekali. Rempah yang diberikan oleh ratu itu kepada Raja Salomo adalah yang terbanyak yang pernah diterima oleh Raja Salomo. +
( 11 Kumpulan kapal Raja Hiram yang membawa emas dari Ofir, juga membawa banyak kayu cendana dan batu permata dari sana. 12 Raja Salomo menggunakan kayu itu untuk membuat susuran bagi Rumah TUHAN dan istananya, dan juga untuk membuat kecapi dan gambus bagi para pemuzik. Kayu cendana itu kayu cendana yang terbaik yang pernah dibawa ke Israel. Sejak itu, kayu cendana yang sebaik itu tidak pernah dilihat lagi.)
13 Selain daripada hadiah-hadiah yang biasa diberikan oleh Raja Salomo, raja juga memberikan apa sahaja yang diminta oleh ratu negeri Syeba. Kemudian ratu itu dan semua pengiringnya pulang ke negeri Syeba.
Kekayaan Raja Salomo
(2 Taw 9.13-29)
14-15 Selain cukaiw yang dibayar oleh para pedagang, keuntungan daripada perdagangan, ufti yang dibayar oleh raja-raja Arab dan para gabenor negeri Israel, Raja Salomo menerima hampir 23,000 kilogram emas pada setiap tahun.
16 Raja Salomo membuat 200 buah perisai besar daripada emas. Setiap perisaix memerlukan kira-kira 7 kilogram emas. 17 Baginda juga membuat 300 buah perisai kecil daripada emas. Setiap perisai memerlukan kira-kira 2 kilogram emas. Raja Salomo meletakkan semua perisai itu di Dewan Hutan Lebanon.y
18 Raja Salomo juga membuat sebuah takhta gading yang besar, yang dilapis dengan emas tulen. 19-20 Takhta itu mempunyai enam buah anak tangga, dan pada hujung kiri dan kanan tiap-tiap anak tangga itu ada sebuah patung singa. Kesemuanya ada dua belas buah patung singa. Di belakang takhta itu ada sebuah patung kepala lembu jantan, dan pada setiap lengan takhta itu ada sebuah patung singa. Tiada kerajaan mana pun pernah mempunyai takhta seperti itu.
21 Semua cawan Raja Salomo dibuat daripada emas, dan semua perkakas di Dewan Hutan Lebanonz dibuat daripada emas tulen. Perak tidak digunakan sama sekali, kerana pada zaman Raja Salomo, perak tidak dianggap berharga. 22 Raja Salomo mempunyai banyak kapal besar yang belayar di samudera raya bersama dengan kapal-kapal Raja Hiram. Sekali dalam tiga tahun, kapal-kapal Raja Salomo pulang dengan membawa emas, perak, gading, beruk, dan burung merak.a
23 Raja Salomo lebih kaya dan lebih bijaksana daripada raja lain di dunia. 24 Semua orang di seluruh dunia ingin datang untuk mendengar kebijaksanaan yang telah dikurniakan Allah kepadanya. 25 Tiap-tiap orang yang mengunjungi Raja Salomo membawa hadiah bagi baginda - barangan daripada perak dan emas, pakaian, senjata, rempah, kuda, serta baghal. Hal ini berlangsung tahun demi tahun.
26 Raja Salomo melengkapi angkatan perangnya dengan 1,400 buah kereta kuda dan 12,000 ekor kuda untuk pasukan berkuda. Sebahagian angkatan itu ditempatkannya di Yerusalem, dan yang lain ditempatkannya di berbagai-bagai kota lain. + 27 Pada masa pemerintahan Raja Salomo, perak merupakan barangan biasa seperti batu di Yerusalem, dan kayu sedar banyak seperti kayu ara di kaki-kaki bukit di Yehuda. 28 Para peniaga yang bertugas untuk raja, mengimport kuda dari Musrib dan Kilikiac + 29 dan mengimport kereta kuda dari Mesir. Kemudian kuda dan kereta kuda itu dieksport kepada raja-raja Het dan raja-raja Siria dengan harga 600 keping wang perak untuk sebuah kereta kuda, dan 150 keping wang perak untuk seekor kuda.
t 10:1 Kemungkinan teksnya (2 Taw 9.1): kemasyhuran Raja Salomo. Naskhah Ibrani: kemasyhuran Raja Salomo tentang nama TUHAN. u 10:6 tuanku; atau perbuatan tuanku. v 10:8 Beberapa buah terjemahan kuno: isteri-isteri. Naskhah Ibrani: orang lelaki. + 10:10 Mat 12.42; Luk 11.31 w 10:14-15 Beberapa buah terjemahan kuno: cukai. Naskhah Ibrani: orang. x 10:16 perisai: Semua perisai ini dibuat khas untuk upacara di Rumah TUHAN. y 10:17 Dewan Hutan Lebanon: Lihat 7.2-3. z 10:21 Dewan Hutan Lebanon: Lihat 7.2-3. a 10:22 burung merak; atau monyet. + 10:26 1 Raj 4.26 b 10:28 Kemungkinan teksnya: Musri. Naskhah Ibrani: Mesir. c 10:28 Musri dan Kilikia: Dua buah negeri kuno yang menjadi pusat pembiakan kuda pada zaman Raja Salomo. Kini tempat ini adalah bahagian tenggara Turki. + 10:28 Ul 17.16