Peraturan tentang Pentahbisan Harun dan Anak-anaknya sebagai Imam
(Im 8.1-36)
29
“Inilah yang patut engkau lakukan untuk mentahbiskan Harun dan anak-anaknya supaya mereka dapat mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam. Ambillah seekor anak lembu jantan dan dua ekor domba jantan yang tidak ada kecacatan. Gunakan tepung yang terbaik, tetapi tidak beragi untuk membuat roti. Sebahagian roti itu dibuat dengan menggunakan minyak zaitun, sebahagian lagi tanpa minyak zaitun, dan sebahagian lagi dibuat roti nipis yang disapu dengan minyak. Letakkan semua roti itu di dalam bakul dan persembahkanlah semuanya kepada-Ku ketika kamu mempersembahkan lembu jantan dan dua ekor domba jantan sebagai korban.
Bawalah Harun dan anak-anaknya ke pintu Khemah-Ku dan lakukan upacara pembasuhan diri bagi mereka. Kemudian kenakan pakaian imam pada Harun: baju labuh, jubah yang dipakai di bawah efod, efod, dan penutup dada dengan ikat pinggangnya. Pakaikan serban di atas kepalanya, dan sematkan perhiasan yang berukir ‘Ditahbiskan untuk TUHAN’ pada serban itu. Kemudian ambillah minyak upacara dan tuangkan ke atas kepalanya untuk mentahbiskan dia.
Selepas itu, suruhlah anak-anak Harun datang dan pakaikan baju labuh pada mereka; pakaikan juga ikat pinggang pada mereka, dan kenakan ikat kepala pada mereka. Demikianlah caranya engkau mentahbiskan Harun serta anak-anaknya. Mereka dan keturunan mereka harus mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam selama-lamanya.
10 Kemudian bawalah lembu jantan itu ke hadapan Khemah-Ku. Suruhlah Harun dan anak-anaknya meletakkan tangan mereka di atas kepala lembu jantan itu. 11 Sembelihlah lembu itu di hadirat-Ku, di hadapan pintu masuk Khemah. 12 Ambil sedikit darah lembu jantan itu, lalu dengan jarimu sapukan darah itu pada unjuran-unjuran mazbah. Kemudian tuangkan sisa darah itu di bahagian bawah mazbah. 13 Selepas itu, ambil semua lemak yang meliputi isi perut lembu itu, dan bahagian yang paling baik pada hati, dan dua biji buah pinggang dengan lemaknya; bakarlah semuanya di atas mazbah sebagai persembahan kepada-Ku. 14 Tetapi bakarlah daging, kulit, dan usus lembu jantan itu di luar perkhemahan. Itulah persembahan korban untuk pengampunan dosa para imam.
15 Ambillah seekor daripada domba jantan itu, lalu suruhlah Harun dan anak-anaknya meletakkan tangan mereka di atas kepala domba itu. 16 Sembelihlah domba jantan itu, lalu ambil darahnya dan siramkan pada keempat-empat sisi mazbah. 17 Potonglah domba itu menjadi beberapa potongan. Basuhlah isi perut dan pahanya, lalu letakkan semuanya di atas kepala domba jantan itu dan potongan-potongan yang lain. 18 Bakarlah seluruh domba jantan itu di atas mazbah sebagai persembahan makanan. +
19 Ambillah domba jantan yang seekor lagi, iaitu domba yang digunakan untuk upacara pentahbisan. Suruh Harun dan anak-anaknya meletakkan tangan ke atas kepala domba jantan itu. 20 Sembelihlah domba jantan itu. Kemudian ambil sedikit darahnya dan sapukan darah itu pada cuping telinga kanan Harun dan anak-anaknya, dan pada ibu jari tangan kanan, serta pada ibu jari kaki kanan mereka. Siramkan sisa darah itu pada keempat-empat sisi mazbah itu. 21 Ambil sedikit darah yang di atas mazbah dan sedikit minyak upacara, lalu renjiskan semuanya pada Harun dan pakaiannya, dan juga pada anak-anaknya serta pakaian mereka. Dengan cara ini, Harun, anak-anaknya, serta pakaian mereka akan ditahbiskan untuk-Ku.
22 Ambillah lemak domba jantan itu, ekornya yang berlemak, lemak yang meliputi isi perut, bahagian yang paling baik pada hati, dua biji buah pinggang dengan lemaknya, serta paha kanan domba. 23 Dari bakul roti yang telah dipersembahkan kepada-Ku, ambillah satu daripada tiap-tiap jenis roti itu: satu yang dibuat dengan minyak zaitun, satu yang dibuat tanpa minyak zaitun, dan satu roti nipis. 24 Letakkan semua roti ini di tangan Harun dan anak-anaknya, lalu suruh mereka mempersembahkan semuanya kepada-Ku sebagai persembahan istimewa. 25 Kemudian ambillah semua roti itu daripada mereka dan bakarlah di atas mazbah, di atas korban untuk menyenangkan hati-Ku,A sebagai persembahan makanan.
26 Ambillah dada domba jantan itu dan persembahkannya kepada-Ku sebagai persembahan istimewa. Dada domba jantan itu untukmu.
27 Apabila seorang imam ditahbiskan, dada dan paha domba jantan yang digunakan untuk upacara pentahbisan itu harus dipersembahkan kepada-Ku sebagai persembahan istimewa, lalu diasingkan untuk para imam. 28 Inilah keputusan-Ku yang tidak dapat diubah: Apabila umat-Ku datang untuk mempersembahkan korban untuk memohon berkat TUHAN,B dada dan paha binatang itu harus diberikan kepada imam-imam. Bahagian itulah persembahan daripada umat-Ku kepada Aku, TUHAN.
29 Pakaian imam kepunyaan Harun harus diwariskan kepada anak-anaknya selepas dia meninggal, agar mereka dapat memakainya apabila ditahbiskan. 30 Anak Harun yang menggantikan Harun sebagai imam, dan yang memasuki Khemah-Ku untuk bertugas di dalam Bilik Suci, harus memakai pakaian itu selama tujuh hari.
31 Ambillah daging domba jantan yang digunakan untuk pentahbisan Harun dan anak-anaknya, lalu rebuslah daging itu di tempat yang suci. 32 Harun dan anak-anaknya mesti makan daging domba itu serta sisa roti di dalam bakul, di pintu masuk Khemah hadirat-Ku. 33 Mereka mesti makan apa yang digunakan dalam upacara pengampunan dosa pada masa pentahbisan mereka. Hanya imam yang boleh makan makanan itu kerana makanan itu suci. 34 Jika pada keesokan paginya, masih ada daging atau roti yang tidak habis dimakan, makanan itu mesti dibakar dan tidak boleh dimakan kerana makanan itu suci.
35 Lakukanlah upacara pentahbisan Harun dan anak-anaknya selama tujuh hari seperti yang telah Aku perintahkan kepadamu. 36 Tiap-tiap hari engkau mesti mempersembahkan seekor lembu jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa. Korban ini akan menyucikan mazbah. Kemudian lumurilah mazbah itu dengan minyak zaitun untuk menyucikannya. 37 Lakukanlah hal itu setiap hari selama tujuh hari. Maka seluruh mazbah itu akan menjadi suci, lalu apa sahaja yang kena mazbah itu harus diserahkan kepada TUHAN, dan siapa sahaja yang menyentuh mazbah itu akan mendapat celaka kerana kekuatan kesuciannya.”l
Korban Harian
(Bil 28.1-8)
38 “Setiap hari sampai selama-lamanya, kamu harus mempersembahkan dua ekor anak domba yang berumur satu tahun sebagai korban, di atas mazbah itu. 39 Seekor anak domba harus dipersembahkan pada waktu pagi dan seekor lagi pada waktu petang. 40 Bersama dengan anak domba yang pertama, persembahkanlah satu kilogram tepung gandum terbaik, yang dicampuri satu liter minyak zaitun tulen. Tuangkan satu liter wain sebagai persembahan. 41 Kemudian persembahkanlah anak domba yang kedua pada waktu petang. Bersama dengan anak domba itu, persembahkanlah tepung gandum, minyak zaitun, dan wain yang sama banyak seperti pada waktu pagi. Itulah persembahan makanan kepada-Ku, TUHAN, dan baunya menyenangkan hati-Ku. 42 Untuk selama-lamanya, korban untuk menyenangkan hati-KuA 43 Di situ Aku akan bertemu dengan umat Israel, dan cahaya yang berkilau-kilauan daripada hadirat-Ku akan menyucikan tempat itu. 44 Aku akan menyucikan Khemah dan mazbah itu, dan Aku akan mengkhususkan Harun dan anak-anaknya untuk mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam. 45 Aku akan tinggal bersama dengan umat Israel, dan Aku akan menjadi Allah mereka. 46 Mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN, Allah mereka yang telah membawa mereka keluar dari Mesir, supaya Aku dapat tinggal bersama-sama mereka. Akulah TUHAN, Allah mereka.”
+ 29:18 Ef 5.2; Flp 4.18 A 29:25 Korban untuk menyenangkan hati-Ku: Lihat 10.25. B 29:28 Korban untuk memohon berkat TUHAN; Lihat 20.24. l 29:37 Mendapat celaka kerana kekuatan kesuciannya: Pada masa itu ada kepercayaan bahawa orang biasa atau benda-benda akan celaka jika kena sesuatu yang suci. A 29:42 harus dipersembahkan di hadirat-Ku di pintu Khemah-Ku. Di situlah Aku akan bertemu dengan umat-Ku dan berfirman kepadamu.