Perjanjian Dimeteraikan
24
Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Naiklah ke gunung untuk menghadap Aku, engkau bersama dengan Harun, Nadab, Abihu, dan tujuh puluh orang pemimpin Israel, lalu sujudlah menyembah Aku dari jauh. Engkau seorang sahaja yang boleh menghampiri Aku; yang lain tidak boleh datang dekat-dekat, dan rakyat tidak boleh naik ke gunung ini.”
Musa pergi dan memberitahu umat itu segala perintah dan peraturan TUHAN. Segenap umat menjawab dengan serentak, “Kami akan melakukan segala yang difirmankan oleh TUHAN.” Selepas itu Musa mencatatkan segala perintah TUHAN. Awal pagi esoknya, Musa membina sebuah mazbah di kaki gunung itu, lalu mendirikan dua belas buah batu; setiap batu mewakili salah satu suku Israel. Kemudian Musa mengutus beberapa orang muda untuk mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHANA dan juga mempersembahkan beberapa ekor lembu sebagai korban untuk memohon berkat TUHAN.B Musa mengambil setengah daripada darah binatang itu lalu menuangkannya ke dalam mangkuk-mangkuk, dan yang setengah lagi dituangkannya ke atas mazbah. Selepas itu Musa mengambil kitab perjanjian yang bertuliskan perintah TUHAN, lalu dengan nyaring membacakannya kepada umat. Mereka berkata, “Kami akan mentaati TUHAN dan melakukan segala perintah-Nya.”
Kemudian Musa mengambil darah yang ada di dalam mangkuk-mangkuk itu lalu menyiramkannya ke atas umat. Dia berkata, “Inilah darah yang memeteraikan perjanjian yang dibuat oleh TUHAN dengan kamu ketika Dia memberikan semua perintah ini.” +
Selepas itu Musa, Harun, Nadab, Abihu, dan tujuh puluh orang pemimpin itu mendaki gunung, 10 lalu mereka nampak Allah Israel. Dia berdiri di atas sesuatu seperti lantai daripada batu nilam, yang biru seperti langit cerah. 11 Para pemimpin Israel itu sudah nampak Allah; walaupun begitu mereka tidak dibinasakan-Nya. Selepas itu mereka makan dan minum.
Musa di Gunung Sinai
12 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Datanglah kepada-Ku di atas gunung. Di situ Aku akan memberikan dua buah batu tulis kepadamu. Batu-batu itu telah Aku tulisi dengan semua hukum-Ku. Aku memberikan semua hukum itu untuk mengajar umat.” 13 Oleh itu Musa dan Yosua, penolongnya bersiap-siap, lalu Musa mula mendakid gunung yang suci itu. 14 Musa telah berpesan kepada para pemimpin Israel, “Tunggulah di sini sehingga kami balik. Harun dan Hur ada bersama-sama kamu di sini. Sesiapa yang ada persoalan, boleh menemui mereka untuk mendapat penyelesaian.”
15 Musa mendaki Gunung Sinai lalu awan meliputi gunung itu. 16-17 Cahaya hadirat TUHAN turun ke atas gunung itu. Orang Israel melihatnya seperti api yang menyala di puncak gunung. Awan itu meliputi gunung selama enam hari. Pada hari yang ketujuh, dari awan itu TUHAN memanggil Musa. 18 Kemudian Musa terus mendaki gunung sehingga dia masuk ke dalam awan itu. Dia berada di situ selama empat puluh hari dan empat puluh malam. +
A 24:5 Korban untuk menyenangkan hati TUHAN: Lihat 10.25. B 24:5 Korban untuk memohon berkat TUHAN; Lihat 20.24. + 24:8 Mat 26.28; Mrk 14.24; Luk 22.20; 1 Kor 11.25; Ibr 9.19-20, 10.29 d 24:13 Musa mula mendaki; Sebuah naskhah terjemahan kuno: mereka mula mendaki. + 24:18 Ul 9.9